Gel Penjagaan Parut 20g
Formula Kombinasi Tiga Manfaat yang Unik MEDERMA® Advanced Scar Gel membantu menghidratkan, melembutkan, melicinkan tekstur, mengurangkan kemerahan dan memperbaiki penampilan parut. Produk kami dirumus dan diuji untuk kegunaan pada muka.
Dengan gabungan proprietari Cepalin® dan teknologi Rovisome yang termaju, MEDERMA® disokong oleh lebih daripada 20 tahun kepakaran dalam sains parut. MEDERMA® Advanced Scar Gel dengan formula khas untuk membantu memperbaiki penampilan parut yang disebabkan oleh kecederaan, melecur dan parut jerawat.
Untuk kesan optimum, mulai penggunaan MEDERMA® Advanced Scar Gel sebaik sahaja luka anda ditutup dan terus gunakan setiap hari sekurang-kurangnya 8 minggu pada parut baru dan 3-6 bulan pada bekas luka yang lebih lama. Pastikan kudis telah hilang secara semula jadi dan jahitan telah ditanggalkan. Jangan guna pada luka terbuka.
Secara amnya, pengguna MEDERMA® Advanced Scar Gel mula melihat kesan yang ketara selepas 14 hari dengan penggunaan harian secara konsisten (1), kesan optimum dalam 8 minggu.
*Kesan mungkin berbeza mengikut individu
MEDERMA® Advanced Scar Gel boleh digunakan pada parut atropik, seperti jerawat dan parut chicken pox. MEDERMA® Advanced Scar Gel boleh membantu melicinkan dan melembutkan tepi tanda chicken pox tetapi tidak akan menyebabkan kawasan lekukan terisi. Dengan melicinkan tepi, tanda mungkin menjadi kurang ketara.
Anda boleh menggunakan MEDERMA® Advanced Scar Gel sebaik sahaja luka anak anda tertutup atau jahitannya telah ditanggalkan. MEDERMA® tidak bertujuan untuk digunakan pada luka terbuka. Jika kudis telah terbentuk, tunggu sehingga ia jatuh. Walaupun masih terdapat kudis atau jahitan, pastikan luka itu bersih dan ditutup.
Sesetengah orang lebih suka krim daripada gel. Kedua-dua MEDERMA® PM Intensive Overnight Cream dan MEDERMA® Advanced Scar Gel berfungsi untuk membantu memperbaiki penampilan parut dengan sapuan sekali sehari (atau setiap malam). Walau bagaimanapun, MEDERMA® PM Intensive Overnight Cream adalah formula dengan TriPeptol®, kompleks berkhasiat kulit dengan peptida, kolagen dan antioksidan untuk membantu proses regenerasi waktu malam. MEDERMA® Advanced Scar Gel boleh digunakan pada bila-bila masa sepanjang hari.
Sesiapa yang ada parut boleh gunakan MEDERMA® Advanced Scar Gel. Semua produk MEDERMA® harus digunakan seperti yang diarahkan. Jika anda pernah mengalami reaksi terhadap produk penjagaan kulit sebelum ini, sila baca bahan-bahan yang disenaraikan pada bungkusan sebelum menggunakan. Jika anda tidak pasti sama ada MEDERMA® Advanced Scar Gel sesuai untuk anda, sila hubungi Pakar Perubatan dan Kesihatan untuk bantuan.
Gunakan gel seperti yang diarahkan. Produk ini harus digunakan sekali sehari selama lapan minggu pada parut baru dan sekali sehari selama tiga hingga enam bulan pada parut lama. Jangan gunakan MEDERMA® Advanced Scar Gel pada kulit yang pecah.
MEDERMA® Advanced Scar Gel sesuai untuk pengguna berumur 6 tahun ke atas.
MEDERMA® Advanced Scar Gel dengan formulasi yang dipertingkatkan dan Teknologi Rovisome, rejimen penggunaan yang mudah dengan sekali sapuan sehari. Mulai lihat kesannya dari 14 hari dan untuk kesan yang optimum, teruskan penggunaan selama 8 minggu. MEDERMA® Proactive Gel dinasihat untuk menggunakan (2-3x) aplikasi setiap hari dan selama 4-6 bulan untuk hasil yang optimum.
MEDERMA® PM Intensive Overnight Cream dan MEDERMA® Advanced Scar Gel terdiri dengan cepalin, ekstrak dari Bawang. Walaupun tiada kajian khusus klinikal yang dilakukan mengenai pigmentasi dengan MEDERMA® PM Intensive Overnight Cream atau MEDERMA® Advanced Scar Gel, namun beberapa kajian saintifik melaporkan kesan ekstrak bawang pada pigmentasi kulit.