Gel Penjagaan Parut Kanak-Kanak 20g
MEDERMA® for Kids adalah gel penjagaan parut yang berkesan dan sesuai untuk kanak-kanak. Warnanya ungu, serap jernih apabila disapu serta harum anggur yang sedap, jadi kanak-kanak akan mengingati keseronokan pengunaan dan bukan parut.
PAKAR PENJAGAAN PARUT, dengan kandungan Allium cepa (Cepalin®), ekstrak bawang merah yang berfungsi untuk membantu memudarkan penampilan parut yang disebabkan oleh kecederaan sukan, luka & calar, jahitan, kecederaan, luka bakar dan pembedahan.
Untuk kesan optimum, mulai penggunaan MEDERMA® for Kids sebaik sahaja luka anda ditutup dan terus gunakan setiap hari sekurang-kurangnya 8 minggu pada parut baru dan 3-6 bulan pada bekas luka yang lebih lama. Pastikan kudis telah hilang secara semula jadi dan jahitan telah ditanggalkan. Jangan guna pada luka terbuka.
Secara amnya, pengguna MEDERMA® for Kids mula melihat kesan yang ketara selepas 4 minggu dengan penggunaan harian secara konsisten, kesan optimum dalam 8 minggu.
*Kesan mungkin berbeza mengikut individu
MEDERMA® for Kids boleh digunakan pada parut atropik, seperti jerawat dan parut chicken pox untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dan atas. MEDERMA® for Kids boleh membantu melicinkan dan melembutkan tepi tanda chicken pox tetapi tidak akan menyebabkan kawasan lekukan terisi. Dengan melicinkan tepi, tanda mungkin menjadi kurang ketara.
Walaupun sesiapa pun boleh menggunakan MEDERMA® for Kids, ia formulasi khas untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan atas.Warnanya ungu, serap jernih apabila disapu serta harum anggur yang sedap. Semua produk MEDERMA® harus digunakan seperti yang diarahkan. Jika anda pernah mengalami reaksi terhadap produk penjagaan kulit sebelum ini, sila baca bahan-bahan yang disenaraikan pada bungkusan sebelum menggunakan. Jika anda tidak pasti sama ada MEDERMA® for Kids sesuai untuk anda atau kanak-kanak anda, sila hubungi Pakar Perubatan dan Kesihatan untuk bantuan.
Seperti kebanyakan produk tanpa pewarnaan, MEDERMA® for Kids tidak akan mengotorkan bahan kapas atau poliester. Tetapi ia boleh mengotorkan fabrik halus, termasuk sutera, kulit, suede dan lain-lain.
Untuk mencapaii kesan optimum, gunakan MEDERMA® for Kids seperti yang diarahkan 3 kali sehari, untuk selama 8 minggu pada parut baru dan 3 kali sehari, selama 3 hingga 6 bulan pada parut lama. Anda boleh menggunakan MEDERMA® for Kids pada kanak-kanak berumur 3 dan atas. Urut perlahan-lahan sehingga gel diserap. Jika pengelupasan berlaku, anda mungkin menggunakan terlalu banyak. Cuba gunakan kurang untuk mencapai kesan yang terbaik. Jangan gunakan pada kulit yang pecah.
Anda boleh menggunakan MEDERMA® for Kids sebaik sahaja luka anak anda tertutup atau jahitannya telah ditanggalkan. MEDERMA® tidak bertujuan untuk digunakan pada luka terbuka. Jika kudis telah terbentuk, tunggu sehingga ia jatuh. Walaupun masih terdapat kudis atau jahitan, pastikan luka itu bersih dan ditutup.
MEDERMA® for Kids tidak bertujuan untuk penggunaan oral. Lap atau bilas mulut dan hubungi Pakar Perubatan dan Kesihatan anda dengan segera.