Tanda Regangan (Stretch Mark)

Krim Stretch Mark untuk Lelaki

Tarikh Kemas Kini 13.09.2021
5 Minit Bacaan

Ya, stretch mark juga boleh dialami pada lelaki! Tanggapan salah yang biasa didengari adalah hanya wanita yang mengalaminya kerana kehamilan. Walaupun kehamilan adalah salah satu punca biasa yang menyebabkan tanda regangan, lebih 25% lelaki juga mengalaminya (HRA internal).

  • Puncanya termasuk penambahan berat badan secara tiba-tiba atau peningkatan jisim otot yang cepat
  • Genetik dan hormon boleh memainkan peranan dalam kemungkinan untuk mendapat stretch mark.
  • Apa sahaja keinginan untuk mengubah bentuk badan anda – lakukan dengan perlahan.
  • Kekal terhidrat dan gunakan pelembap untuk membantu mencegah tanda regangan.

Terdapat produk yang membantu mengurangkan penampilan stretch mark.

kandungan:

  • Apakah tanda regangan lelaki?
  • Apa yang menyebabkan stretch mark pada lelaki?
  • Apakah rupa stretch mark?
  • Bagaimanakah lelaki boleh mencegah tanda regangan?
  • Bagaimanakah lelaki boleh menjaga tanda regangan?
  • Produk parut stretch mark terbaik untuk lelaki

Apakah tanda regangan lelaki?

Stretch mark untuk lelaki dan wanita adalah sama. Tetapi sementara kehamilan adalah salah satu faktor terbesar bagi wanita, terdapat sebab lain mengapa lelaki mungkin juga mengalaminya – termasuk akil baligh, penambahan berat badan secara tiba-tiba atau peningkatan jisim otot yang cepat.

Apa yang menyebabkan stretch mark pada lelaki?

Apabila kulit diregangkan terlalu cepat, tisu penghubung di bawahnya sukar untuk mengekalkan bentuknya. Tisu itu adalah struktur sokongan yang memberikan kulit kekuatan dan keanjalannya. Kecenderungan seseorang itu anda mendapat stretch mark  dipengaruhi oleh genetik dan hormon[1,2].

Apakah rupa stretch mark?

Tanda regangan kelihatan seperti jaluran beralun dan istilah perubatannya dipanggil striae. Kebiasaannya parut berada di bahagian perut, dada, punggung, paha dan lengan. Penampilan mereka bergantung pada jenis dan warna kulit anda. Pada kulit pucat, ia biasanya kelihatan sebagai jalur merah atau merah jambu hingga biru keunguan apabila segar. Ia juga akan menjadi lebih nipis, lebih pucat dan agak berlekuk dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah lelaki boleh mencegah tanda regangan?

Adakah anda mahu membina otot, menurunkan atau menambah berat badan atas sebab tertentu? Perubahan ini akan memberi kesan mendadak ke seluruh tubuh badan dan kulit anda juga tidak terkecuali.

Apa sahaja yang anda mahu lakukan, kena dilakukan dengan perlahan. Membina otot atau menambah atau menurunkan berat badan secara perlahan akan memberi masa kepada kulit anda untuk menyesuaikan diri dengan regangan. Anda boleh menyokong kulit anda dengan diet seimbang termasuk vitamin E dan C serta zink, dan minum banyak air[3].

Paling penting, pastikan kulit anda terhidrat untuk memberikan keanjalan yang diperlukan untuk mengembang atau mengecut semula. Rutin penggunaan produk pelembap perlu dilakukan jika ingin menghalang kulit anda daripada mempunyai tanda kekal.

Terdapat beberapa krim dan ubat topikal di pasaran. Ada yang boleh didapati melalui preskripsi, tetapi kebanyakannya boleh didapati di kaunter. Mederma® Stretch Marks Therapy boleh memberikan kulit anda keanjalan yang diperlukan untuk bertindak balas dengan lebih baik kepada tekanan yang berpotensi menyebabkan stretch mark.

MEDERMA® Stretch Marks

  • Mengurangkan penampilan stretch mark dengan jelas
  • Formula dengan tiga manfaat (triple benefit) yang unik
  • Memelihara dan menghidrasi kulit

Beli hari ini

Bagaimanakah lelaki boleh menjaga tanda regangan?

Jika anda telah membina otot atau kehilangan berat badan tetapi mengakibatkan kemunculan tanda regangan yang menjengkelkan, itu bukan berita baik. Malangnya, tanda regangan biasanya tidak hilang sepenuhnya dan tiada rawatan yang akan menghilangkannya sepenuhnya. Akan tetapi jangan risau, ia biasanya akan perlahan-lahan menjadi pudar, terutamanya apabila dirawat dengan betul!

Terdapat beberapa produk semula jadi yang boleh membantu mengurangkan penampilan tanda regangan. Walaubagaimanapun, perkara yang paling penting ialah menyokong keanjalan kulit anda dengan melembapkannya secara berkala. Lakukan rutin pelembap yang sewajarnya iaitu sekurang-kurangnya dua kali sehari. Terdapat beberapa produk kosmetik penjagaan stretch mark di pasaran. Tidak kira produk mana yang menjadi pilihan anda, bahan yang paling penting untuk memastikan keberkesanan ialah kecekalan dan kesabaran kerana ia akan mengambil masa untuk melihat keberkesanannya[4].

Produk parut stretch mark terbaik untuk lelaki

Sebarang perubahan pada bentuk tubuh badan seperti penurunan berat badan, penambahan atau peningkatan jisim otot, bermakna perkara yang sama perlu dilakukan untuk mengelakkan atau mengurangkan stretch mark. Perkara utama yang perlu dipertimbangkan ialah diet yang sihat, penghidratan, senaman yang kerap dan yang paling penting, rutin pelembab yang hebat.

Produk yang mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit boleh membantu menghalang kemunculan tanda regangan dan mengurangkan penampilan stretch mark yang sedia ada. Sebatian perangsang kolagen, seperti asid hyaluronik atau suplemen kolagen terhidrolisis boleh membantu memperbaiki tekstur kulit dengan menegangkan dan menganjalkan kulit anda. Komponen yang menenangkan dan melembapkan adalah satu lagi bahan penting dalam memerangi kesan regangan[5,6].

Ringkasan

Jika anda membina otot atau mengalami perubahan mendadak dalam berat badan anda, kulit anda memerlukan bantuan untuk menyokong perubahan tersebut. Kekal terhidrasi dan lakukan pelan senaman anda dengan perlahan untuk meminimumkan risiko stretch mark. Jika berlaku juga, ia bukanlah penghujung hidup anda- dan bantuan sentiasa tersedia dalam bentuk produk tanda regangan kosmetik untuk membantu mengurangkan penampilan stretch mark.

Rujukan

Adakah anda menyukai artikel ini? Sila maklumkan kepada kami jika anda mendapati artikel ini berguna.
Kembali ke atas