Bagaimana anda boleh menjaga parut?
Pelbagai produk dan penyelesaian penjagaan parut wujud untuk memberi peluang bagi memperbaiki penampilan parut dan menjadikannya pudar. Bergantung pada saiz dan kedalaman parut anda, terdapat beberapa pilihan yang mungkin lebih berkesan daripada yang lain. Walau bagaimanapun, apabila terbentuk, sukar untuk menghilangkan parut sepenuhnya.
Produk penjagaan parut topikal
Banyak produk penjagaan parut topikal boleh didapati, terutamanya untuk parut ringan. Ini termasuklah produk yang mudah didapati di kaunter (over the counter) dan mengandungi bahan-bahan seperti:
- Silikon yang telah terbukti berkesan dalam pencegahan parut hipertropik.[3]
- Allantoin yang juga dikenali untuk memperbaiki penampilan parut.[6]
- Dimethicone, pelindung kulit yang biasa ditemui dalam pelembap – terutamanya dalam produk jerawat.[7]
Produk topikal juga mungkin mengandungi ekstrak semula jadi untuk memperbaiki penampilan atau kesan kosmetik. Antaranya:
- Ekstrak bawang
- Teh hijau
- Aloe vera
Produk topikal telah menunjukkan beberapa keberkesanan dalam memperbaiki penampilan dan penampilan parut,[8] terutamanya jika mula digunakan pada peringkat awal. Tempoh penggunaan produk-produk ini menjangkau beberapa bulan dan memerlukan kesabaran dan ketekunan untuk membuahkan hasil.