Penjagaan parut

Bagaimana saya boleh menyembuhkan parut lama?

Tarikh Kemas Kini 14.09.2021
5 Minit Bacaan

Hampir mustahil untuk menjalani kehidupan tanpa sedikit pun kecederaan pada kulit. Walaupun ia tidak mengganggu kehidupan anda, anda mungkin bosan melihat parut tertentu pada badan dan mungkin berfikir untuk cuba menghilangkannya. Teruskan membaca jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara untuk menghilangkan dan menjaga parut lama.

  • Parut lama boleh dirawat dengan hasil yang positif
  • Terdapat rangkaian produk penjagaan parut untuk merawatnya
  • Mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum anda mula melihat hasilnya

Dalam artikel ini:

  • Apa yang menyebabkan parut?
  • Apakah jenis-jenis parut yang berbeza dan bagaimana anda mengelakkanya?
  • Bagaimana jika saya mempunyai parut lama?
  • Perkara yang perlu diambil maklum
  • Rujukan

Apa yang menyebabkan parut?

Apabila kulit anda cedera, sama ada akibat luka, pembedahan, luka terbakar atau jerawat, parut sering terbentuk secara semula jadi daripada proses penyembuhan kulit. Parut terbentuk kerana kolagen berlebihan yang dihasilkan di tapak kecederaan[1].

Terdapat beberapa jenis parut berbeza yang berlaku atas sebab yang berbeza. Faktor-faktor yang mempengaruhi jenis parut seseorang individu termasuk sejarah keluarga, jenis kulit dan genetik[5].

Ini termasuk:

  • Parut hipertropik dan keloid adalah hasil biasa daripada luka atau hirisan pada kulit – sama ada melalui pembedahan atau kecederaan.[2]
  • Parut atropik dan kontraktur biasanya disebabkan oleh jerawat dan luka terbakar[2,3,4].

Remedi terbaik untuk parut adalah dengan mengelaknya dari terjadi. Oleh sebab itu, menjaga kulit anda yang tercedera adalah cara terbaik untuk mengelakkan parut terbentuk dan menjadi terlalu jelas. Parut halus akibat luka yang sembuh dengan baik berkemungkinan akan pudar dengan sendirinya manakala parut yang luas akibat luka yang tidak sembuh dengan baik akan mengambil lebih masa untuk pudar. Menjaga luka anda supaya bersih, lembap dan dilindungi dari matahari akan meminimumkan pembentukan parut. Selain itu, kekalkan diet yang seimbang dan elakkan daripada merokok[6].

Bagaimanakah jika saya mempunyai parut lama?

Lebih lama anda menunggu sebelum merawat parut anda, lebih banyak masa dan usaha yang anda perlukan untuk membantu menyembuhkannya[9].

Parut hipertropik (menebal, lebar, sering timbul) biasanya terbentuk beberapa minggu selepas kecederaan dan mungkin sedikit sebanyak akan pudar dengan sendirinya.

Parut keloid (licin, keras dan di luar sempadan luka) pula terbentuk kemudian dan mungkin tumbuh selama-lamanya[7]. Kedua-dua jenis parut ini adalah hasil tindak balas yang tidak normal semasa penyembuhan[8]. Parut kontraktur juga berkembang dari semasa ke semasa terutamanya apabila cedera, biasanya akibat terbakar, berlaku pada atau dekat dengan sendi[4].

Produk yang sama boleh digunakan untuk parut baru dan lama. Semakin lama masa anda menunggu sebelum merawat parut anda, semakin banyak usaha dan masa yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang dapat dilihat[9].

Terdapat pelbagai penyelesaian invasif yang tersedia, tetapi ini mungkin hanya boleh didapati melalui pakar dermatologi atau pakar bedah plastik. Akan tetapi terdapat juga pelbagai penyelesaian di kaunter yang boleh membantu. Ini termasuk aloe vera, teh hijau atau ekstrak bawang seperti produk penjagaan parut Mederma®.

Merawat parut lama tidak jauh berbeza dengan cara anda menjaga parut baru. Perbezaan ketara ialah tempoh rawatan.

Tempoh yang disyorkan dengan mana-mana produk rawatan parut Mederma® boleh mencecah sehingga 6 bulan, atau 8 minggu untuk parut baru. Semasa mengaplikasikannya, jangan teragak-agak untuk mengurut parut anda seperti yang anda lakukan untuk yang baru. Parut lama mungkin terasa lebih kaku, jadi mengurutnya boleh melegakan sedikit ketegangan dan membantu memulihkan kelembutan[7].

MEDERMA® Advanced Scar Gel

  • Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan penampilan parut
  • Formula tiga manfaat unik yang direka untuk meresap ke bawah permukaan kulit
  • Gunakan sekali sahaja sehari

Beli hari ini

Perkara yang perlu diingat

Penjagaan parut boleh menjadi proses yang panjang, lebih-lebih lagi untuk parut yang lebih lama. Kesabaran dan ketabahan adalah kunci kejayaan, kemungkinan rupa dan rasa parut anda akan bertambah baik sepanjang proses menjaganya.

Sentiasa beringat untuk:

  • Jaga kulit yang cedera dengan baik.
  • Pastikan parut anda lembap.
  • Hilangkan ketegangan dengan urutan dan pastikan penggunaan produk secara tetap

Rujukan

Adakah anda menyukai artikel ini? Sila maklumkan kepada kami jika anda mendapati artikel ini berguna.
Kembali ke atas