Jerawat: perkataan yang menakutkan bagi ramai remaja. Ia adalah salah satu masalah kulit yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Jerawat juga dikenali sebagai ‘acne vulgaris’ dalam bahasa Latin.
Pada satu ketika, pasti ramai di antara kita dibebani dengan masalah jerawat, bintik hitam atau bintik putih pada bahagian tubuh yang berlainan seperti muka, leher, dada atau belakang. Walaupun dirawat dengan baik, kulit kita mungkin terdedah kepada parut akibat jerawat.
Pada mulanya, anda mungkin berasa sedikit runsing dengan parut jerawat. Akan tetapi, terdapat produk rawatan parut untuk menjadikannya kurang jelas. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang parut jerawat, cara merawatnya dan akhirnya, cara mengatasinya.
- Rawatan parut jerawat mungkin memerlukan usaha berbulan-bulan lamanya.
- Menjaga kulit anda supaya ia bersih dan bebas dari bahan berminyak boleh membantu mengelak jerawat yang teruk
- Terdapat pelbagai produk – termasuk produk preskripsi – yang boleh membantu
Dalam artikel ini, kami akan membincangkan:
- Apakah itu jerawat dan apa yang menyebabkan parut jerawat?
- Bagaimanakah anda boleh mengelakkan parut jerawat?
- Apakah penyelesaian yang bagus untuk parut jerawat?